Senin, 14 Desember 2009

Cinta Kita (Yang Buta)

Cinta yang buta datang
tanpa diundang
menjenguk sanubari kosong
resahlah aku
digoda wangi bunga
kerana kekasih
longkah dari pelukan
dan hati meronta-ronta
lari dari rindu mencucuk.

Kerap mimpi menendang tidur
tak mahu berpisah dari rindu.

Lalu aku kumpulkan
iman-iman yang tersisih
merangkak ke bawah lindungan Allah
kerana cuma doa
dapat merapatkan renggang
semata-mata patuh
pada cinta yang buta.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar